Tuesday 24 January 2012

Renungan Artikel 1 (Kelas Bahasa Melayu CVSS Express)

Pada pendapat saya, saya rasa bahawa Encik Kim ialah seorang yang tidak berputus asa kerana dia telah berusaha untuk terus memanjangkan nyawanya dengan mengorek terowong salji dan membakar wang supaya kekal hangat. Saya juga rasa bahawa Encik Kim menggunakan pengalamannya sebagai seorang askar Korea semasa Perang Vietnam untuk mengekalkan kehidupannya. Walaupun Encik Kim sesat jalan, saya yakin bahawa dia boleh menggunakan pengalamannya sebagai seorang askar Korea untuk menemui ahli pasukannya yang lain.

Saya pelajari bahawa saya tidak boleh mudah berputus asa kerana jikalau saya putus asa, saya tidak akan berjaya dalam hidup. Saya juga pelajari bahawa saya tidak boleh bergantung kepada orang lain apabila saya berada dalam keadaan yang susah kerana tidak selalunya kawan kita akan menolong kita seperti dalam keadaan macam Encik Kim berada.

Pandangan saya tentang tukilan 'Duit bukan segala-galanya' ialah bahawa duit tidak boleh membantu kita dalam segala hal kita dan duit juga tidak boleh membeli nyawa kita. Saya juga rasa bahawa orang yang mempunyai banyak duit selalunya sombong dan akhir-akhirnya, orang itu akan rugi.

No comments:

Post a Comment