Monday 5 March 2012

Karangan Peribahasa : Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam .


Apabila disuruh oleh gurunya untuk mengambil bahagian dalam acara larian , Muhaimin diketawa oleh rakan-rakannya kerana Muhaimin ialah Seorang yang gemuk dan mustahil dia boleh menang dalam acara larian itu . Tetapi Muhaimin tidak mempedulikan rakan-rakannya dan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam acara larian tersebut. Selepas itu , kelas senyap dan semua murid-murid menatap Muhaimin.

Tiba-tiba, Muhaimin dengan keyakinan berdiri dan memberitahu kelasnya bahawa tidak semesti orang itu gemuk dia akan kalah. Selepas mendengar kata-kata itu, muka-muka bersalah muncul. Tetapi, hanya Rafiqin tidak bermuka bersalah dan dia sambung , “ Mungkin orang gemuk mendapat perluang untuk menang , tetapi engkau terlalu gemuk “ usik Rafiqin . Selepas mendengar kata-kata itu , kelas Muhaimin mula ketawa lagi . Itu membuat Muhaimin berasa malu dan berasa kecewa dengan dirinya .

Apabila dia tiba di rumah , dia memberitahu ibubapanya Tentang apa yang terjadi di sekolah. Muhaimin berasa kecewa kepada ibubapanya juga kerana apabila dia memberitahu mereka Tentang apa yang terjadi , mereka memberi pencuruhan yang memberitahu Muhaimin bahawa mereka juga rasa hendak ketawa . Selepas itu , Muhaimin dengan pilu berjalan menuju ke biliknya. Di dalam bilik , Muhaimin Cuba untuk tenangkan fikirannya . Dia juga berikrar bahawa dia akan berlatih bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa orang gemuk tidak semestinya selalu kalah di acara larian .

Semenjak hari itu , Muhaimin asyik dipujuk oleh guru kelas latihan jasmani kerana apabila disuruh lari sekeliling sekolah , Muhaimin ialah salah satu murid-murid yang tiba dahulu . Itu membuat rakan-rakannya terperanjat . Walaupun Muhaimin telah mencapai tempat pertama , Rafiqin tetap yakin bahawa Muhaimin tidak boleh menang acara larian itu.

Muhaimin berjaya untuk mencapai tujuannya. Setiap hari , Muhaimin akan berlari-lari anak dan pada hujung minggu , dia akan keluar berbasikal bersama ayahnya . Dalam masa sebulan , berat badan Muhaimin telah turun . Muhaimin berasa sangat yakin bahawa dia tidak akan memalukan dirinya dalam acara larian yang akan datang .

Apabila hari acara larian tiba , Muhaimin berasa gementar dan yakin pada masa yang sama . Untuk menambahkan semangatnya , bapa Muhaimin telah membelikannya sepasang kasut lari baru jenama Adidas . Perasaan Muhaimin tidak boleh dikawal dan dia menangis kegembiraan . Kemudian , Muhaimin memeluk bapanya dan berterima kasih kepadanya . Selepas itu , Muhaimin dan keluarganya bersiap sedia untuk pergi ke stadium .

Apabila tiba di sana , keyakinan Muhaimin bertambah kerana ramai orang menyokongnya . Tiba-tiba , seseorang menepuk bahu Muhaimin . Dia pusing dan nampak Rafiqin berdiri di hadapannya . Rafiqin hanya hendak memberi kata-kata perangsang dan Muhaimin tahu bahawa tujuan Rafiqin tidak ikhlas .

Apabila ialah giliran Muhaimin untuk berlumba , dia berasa sangat yakin dan tiba-tiba , keyakinannya berubah menjadi ketakutan kerana dia akan bertaruh bersama pemenang acara larian tahun lepas . Walaupun ketakutan , Muhaimin mencabar dirinya untuk berhadapan dengan pemenang acara larian tahun  lalu .
Setelah bersiap sedia , Muhaimin menunggu untuk juri menembak senjatanya . Apabila tembakan itu didengar , Muhaimin bersama peserta lain , berlari dengan sepantas kilat .

Muhaimin sedang mengambil alih tiba-tiba , pemenang acara larian tahun lalu memotongnya dan kini , Muhaimin ialah tempat kedua . Apabila dia sudah melalui garisan perhabisan , Muhaimin tetap gembira walaupun dia mencapai tempat kedua .

Untuknya , tidak kesah menang atau kalah tetapi dia telah membuktikan kepada dirinya bahawa orang gemuk boleh membuat lebih baik daripada orang kurus kerana Muhaimin bukan sahaja membuat dirinya bangga tetapi dia telah membuat sejarah untuk perbuatannya yang tidak berputus asa . Perbuatan Muhaimin bak kata pepatah , ‘belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam’ .