Apabila
disuruh oleh gurunya untuk mengambil bahagian dalam acara larian , Muhaimin
diketawa oleh rakan-rakannya kerana Muhaimin ialah Seorang yang gemuk dan
mustahil dia boleh menang dalam acara larian itu . Tetapi Muhaimin tidak
mempedulikan rakan-rakannya dan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam acara
larian tersebut. Selepas itu , kelas senyap dan semua murid-murid menatap
Muhaimin.
Tiba-tiba, Muhaimin dengan keyakinan berdiri dan
memberitahu kelasnya bahawa tidak semesti orang itu gemuk dia akan kalah.
Selepas mendengar kata-kata itu, muka-muka bersalah muncul. Tetapi, hanya
Rafiqin tidak bermuka bersalah dan dia sambung , “ Mungkin orang gemuk mendapat
perluang untuk menang , tetapi engkau terlalu gemuk “ usik Rafiqin . Selepas
mendengar kata-kata itu , kelas Muhaimin mula ketawa lagi . Itu membuat
Muhaimin berasa malu dan berasa kecewa dengan dirinya .
Apabila dia tiba di rumah , dia memberitahu ibubapanya
Tentang apa yang terjadi di sekolah. Muhaimin berasa kecewa kepada ibubapanya juga
kerana apabila dia memberitahu mereka Tentang apa yang terjadi , mereka memberi
pencuruhan yang memberitahu Muhaimin bahawa mereka juga rasa hendak ketawa .
Selepas itu , Muhaimin dengan pilu berjalan menuju ke biliknya. Di dalam bilik
, Muhaimin Cuba untuk tenangkan fikirannya . Dia juga berikrar bahawa dia akan
berlatih bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa orang gemuk tidak
semestinya selalu kalah di acara larian .
Semenjak hari itu , Muhaimin asyik dipujuk oleh guru
kelas latihan jasmani kerana apabila disuruh lari sekeliling sekolah , Muhaimin
ialah salah satu murid-murid yang tiba dahulu . Itu membuat rakan-rakannya
terperanjat . Walaupun Muhaimin telah mencapai tempat pertama , Rafiqin tetap
yakin bahawa Muhaimin tidak boleh menang acara larian itu.
Muhaimin berjaya untuk mencapai tujuannya. Setiap hari ,
Muhaimin akan berlari-lari anak dan pada hujung minggu , dia akan keluar
berbasikal bersama ayahnya . Dalam masa sebulan , berat badan Muhaimin telah
turun . Muhaimin berasa sangat yakin bahawa dia tidak akan memalukan dirinya
dalam acara larian yang akan datang .
Apabila hari acara larian tiba , Muhaimin berasa gementar
dan yakin pada masa yang sama . Untuk menambahkan semangatnya , bapa
Muhaimin telah membelikannya sepasang kasut lari baru jenama Adidas . Perasaan
Muhaimin tidak boleh dikawal dan dia menangis kegembiraan . Kemudian , Muhaimin
memeluk bapanya dan berterima kasih kepadanya . Selepas itu , Muhaimin dan
keluarganya bersiap sedia untuk pergi ke stadium .
Apabila tiba di sana , keyakinan Muhaimin bertambah
kerana ramai orang menyokongnya . Tiba-tiba , seseorang menepuk bahu Muhaimin .
Dia pusing dan nampak Rafiqin berdiri di hadapannya . Rafiqin hanya hendak
memberi kata-kata perangsang dan Muhaimin tahu bahawa tujuan Rafiqin tidak
ikhlas .
Apabila ialah giliran Muhaimin untuk berlumba , dia
berasa sangat yakin dan tiba-tiba , keyakinannya berubah menjadi ketakutan
kerana dia akan bertaruh bersama pemenang acara larian tahun lepas . Walaupun
ketakutan , Muhaimin mencabar dirinya untuk berhadapan dengan pemenang acara
larian tahun lalu .
Setelah bersiap sedia , Muhaimin menunggu untuk juri
menembak senjatanya . Apabila tembakan itu didengar , Muhaimin bersama peserta
lain , berlari dengan sepantas kilat .
Muhaimin sedang mengambil alih tiba-tiba , pemenang
acara larian tahun lalu memotongnya dan kini , Muhaimin ialah tempat kedua .
Apabila dia sudah melalui garisan perhabisan , Muhaimin tetap gembira walaupun
dia mencapai tempat kedua .
Untuknya , tidak kesah menang atau kalah tetapi dia
telah membuktikan kepada dirinya bahawa orang gemuk boleh membuat lebih baik
daripada orang kurus kerana Muhaimin bukan sahaja membuat dirinya bangga tetapi
dia telah membuat sejarah untuk perbuatannya yang tidak berputus asa .
Perbuatan Muhaimin bak kata pepatah , ‘belakang parang pun jikalau diasah
nescaya tajam’ .